Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rundingan Penuh Kapal LCS...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjangka semua rundingan berhubung pembinaan kapal tempur...

Bekalan Air Seluruh Pulau...

GEORGE TOWN – Bekalan air kepada pengguna di seluruh negeri ini pulih sepenuhnya...

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan...

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat...

2 Maut, 7 Parah...

PETALING JAYA - Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga...

PM Dan Isteri Hadir Majlis Pernikahan Anak Ahmad Maslan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di kediaman beliau di Presint 10 di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri yang tiba pada kira-kira pukul 10.55 pagi berada kira-kira sejam di majlis tersebut.

Najib dan Rosmah turut bergambar bersama pasangan pengantin Nurul Izzatul Shahirah Ahmad, 22, dan Ahmad Haqimi Iskandar Ariffin Iskandar, 22, serta keluarga kedua-dua mempelai.

Sebelum itu, pasangan pengantin dinikahkan oleh Ahmad sendiri di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat.

Pasangan pengantin berkenaan dijadualkan berlepas ke Australia pada 15 Feb melanjutkan pelajaran di Curtin University.


Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan isteri, Datin Seri Kay Roserina Mohd Kassim serta isteri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datin Norazlina Awang Had.

Sebelum meninggalkan majlis, perdana menteri dan isteri bersalaman serta beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis tersebut dan majlis persandingan akan diadakan Selasa depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori