Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Sarat...

TERSERLAH seri di wajah pelakon cantik, Rozita Che Wan yang kini sedang sarat...

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai...

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari...

Rakyat Maghribi Baring, Simbol...

BERDOZEN penduduk Maghribi meniarap di persisiran pantai demi menunjukkan simbol solidariti ke atas...

AADC 2 Raih RM2...

FILEM Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) terus meraih perhatian penonton apabila berjaya mencatat...

PM Nasihat Peniaga Patuhi Skim Harga Kawalan Musim Perayaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu semua peniaga di seluruh negara supaya mematuhi Skim Barangan Harga Kawalan, khususnya pada musim perayaan seperti yang telah ditetapkan.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status terkini laman Facebooknya turut menyeru para pengguna untuk mempraktikkan hak mereka dengan melaporkan mana-mana peniaga yang gagal mengikuti arahan harga kawalan itu kepada pihak berkuasa.

“Semua peniaga di seluruh negara wajib mematuhi harga kawalan yang telah ditetapkan. Sekiranya ada peniaga yang gagal berbuat sedemikian, para pengguna berhak dan harus melaporkannya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,” katanya.

Beliau yang mengadakan lawatan sehari ke Labuan semalam turut menyatakan berpuas hati dengan harga jualan barangan harga terkawal di wilayah itu bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.


KPDNKK telah menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal bersempena Tahun Baharu Cina, berkuat kuasa dari 3 hingga 14 Feb ini.

Antara barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta organ dalaman), telur, kubis bulat import, bawang putih (China), ikan bawal putih dan udang putih besar. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]F9LPfWie8WI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori