Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Program Klinik Cukai LHDNM

Mungkin ada yang masih belum menyedari mengenai kewujudan Program Klinik Cukai oleh Lembaga...

‘Kesan Jari’ Di Pipi...

Rabu lalu Mynewshub telah siarkan kisah seorang murid darjah 1 di Pulau Pinang...

Mayat Bapa Lemas Selepas...

PUTATAN : Mayat lelaki yang dilaporkan hanyut ketika menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh...

Beauty & The Beast...

PUTRAJAYA - Kelulusan tayangan filem 'Beauty and The Beast' di bawah klasifikasi P13...

PM Pelawa Apple Buka Cawangan Di Malaysia

CUPERTINO, California – Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia berminat untuk bekerja lebih rapat dengan Apple Inc, syarikat pengeluar telefon pintar iPhone.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat ibu pejabat Apple di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, Malaysia turut meminta syarikat berkenaan mempertimbangkan saranan membuka cawangan Apple di Malaysia. Ia akan menjadi cawangan kedua di Asia Tenggara selepas premis yang dicadangkan dibuka di Singapura.

“Kita berharap dapat berbincang dengan Apple untuk terbabit dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama pihak lain bagi memanfaatkan teknologi ke arah meningkatkan aspek pendidikan kanak-kanak di Malaysia,” katanya.


Najib mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) Apple, Jeff Williams, dan beberapa pegawai syarikat itu dalam lawatan satu jamnya.

“Ketika ini, ada 10 sekolah di Malaysia yang menggunakan teknologi Apple dalam proses pembelajaran,” katanya. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]KqEjaBYXRbA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • apple

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori