Ganas…seorang anggota polis dibuang kerja selepas menampar muka seorang remaja yang duduk di belakang kereta polis.
Kejadian itu berlaku pada bulan Ogos lalu namun rakaman mengenai serangan tersebut hanya didedahkan baru-baru ini.
Video itu menunjukkan bagaimana Fred Switzer, 70, telah menampar muka remaja yang merupakan tahanan juvana itu sebanyak empat kali, selepas dia dibawa ke mahkamah.
Fred hilang sabar selepas remaja itu meludahnya. Fred dibuang kerja selepas penyelianya menyaksikan insiden terbabit dan telah membuat laporan mengenainya.
Meskipun sudah dipecat namun Fred kini berdepan dengan rekod jenayah dan dia turut didakwa di mahkamah.