Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kursus Masscomm Tak Lagi...

SHAH ALAM - Penasihat Media Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin...

“Saya Tidak Berminat Melayan...

KUALA LUMPUR - "Saya mengarahkan pemain-pemain tersebut pulang kerana pemain-pemain muda ini adalah...

Polis Berkas 11 Lelaki...

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan,...

APM Kenal Pasti 141...

JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor mengenal pasti sebanyak 141 kawasan...

Polis Labuan Tahan Lelaki Miliki Lebih 350 Gram Syabu

LABUAN – Seorang lelaki berumur 35 tahun bakal berdepan hukuman mati kerana disyaki terbabit mengedar 353.27 gm syabu bernilai RM38,500.

Lelaki itu yang merupakan penduduk setempat ditahan polis di rumahnya di Rancha-Rancha selepas menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 11.30 malam, 16 Feb.

“Berlaku pergelutan antara anggota bahagian pencegahan narkotik kami dengan suspek yang telah mengalami kecederaan. Dia ditahan bersama-sama satu bungkusan mengandungi tujuh paket plastik mengandungi dadah itu,” kata Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman kepada pemberita hari ini.

Katanya lelaki itu yang juga didapati positif dadah methamphetamine dan amphetamine sedang ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, yang membolehkan suspek ditahan lebih 24 jam untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan.


Mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, sesiapa yang didapati memiliki dadah seberat 50 gram berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan itu, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori