Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Datuk Seri, Datuk Direman...

PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan syarikat pembekalan bergelar Datuk dan Datuk Seri yang...

Gambar Kad Jemputan, Tapi...

PELAKON Faye Kushairi menafikan dakwaan bahawa dia akan berlahwin dengan pengarah, Azmi Hatta...

Bank Akur Kritikan, Tarik...

KUALA LUMPUR - Selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hebat dikritik kerana mengenakan caj...

Inovasi Benih Padi IS21...

SEKINCHAN: Benih padi jenis IS21 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

Polis Lupus 1,758 Set Mesin Judi

KUANTAN – Sebanyak 1,758 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi bernilai RM527,400 dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pelupusan yang dibuat selepas mendapat perintah mahkamah itu, melibatkan bahan bukti daripada 132 kes bermula dari 2008 hingga 2014 yang telah berjaya diselesaikan.

“Kesemua kes itu diambil tindakan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu menjalankan transaski perjudian, Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu bermain judi dalam rumah judi.

“Ia turut melibatkan Seksyen 4 (1) (b) Enakmen Hiburan iaitu premis yang tidak ada lesen untuk membuka tempat hiburan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelupusan itu di IPD Kuantan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata polis sentiasa memantau sebarang aktiviti perjudian haram di daerah ini untuk mengelakkan ia daripada berleluasa.

“Kita juga ada senarai premis yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian yang disenaraikan untuk dibatalkan lesen kerana melanggar peraturan ataupun syarat yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori