Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rujuk Pegawai ISN Sebelum...

NILAI – Pelumba berbasikal trek negara dinasihatkan supaya merujuk kepada pegawai Institut Sukan...

24 Sekolah Di Permatang...

GEORGETOWN - Sejumlah 24 daripada 35 buah sekolah di Permatang Pauh akan dijadikan...

40 Peratus Kerja Projek...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan projek mega Laluan Rel Pantai...

PBB Didesak Gesa Israel...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Palestin dan Jordan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Polis Tahan 9 Warga Asing Bersama 2,313 Kayu Bakau

KUCHING – Sembilan lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pembalakan kayu bakau secara haram di Sungai Terombol, Telaga Air, kira-kira 30 kilometer dari sini, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ACP N. Kalai Chelvan berkata pihaknya turut merampas 2,313 kayu bakau bernilai RM18,000; lima perahu berserta enjin sangkut (RM16,000) dan sembilan kapak (RM100).

Menurutnya penahanan dan rampasan itu dibuat sepasukan anggota PPM diketuai ASP Wan Sazaly Wan Jaafar ketika menjalankan Op Landai di lokasi berkenaan.

“Anggota PPM telah terserempak dengan sembilan lelaki berkenaan yang sedang memunggah kayu bakau ke tebing Sungai Terombol, kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Mereka juga disyaki menjalankan pembalakan kayu bakau secara haram dan berada di negara ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


“Semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Kuching. Satu laporan polis juga dibuat di Balai Polis Batu Kawa,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Ordinan Perhutanan 2015 dan Akta Imigresen 1959/63.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori