KOTA KINABALU – Kerajaan negeri telah menetapkan polisi untuk tidak membawa masuk pekerja dari Bangladesh sejak tiga tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Siringan Gubat.
“Jadi tidak ada isu di sini. Polisi itu masih diguna pakai hingga kini,” katanya dalam kenyataan sebagai respons kepada laporan yang menjadi viral di media sosial bahawa kerajaan negeri membenarkan kemasukan pekerja Bangladesh.
Beliau menasihat orang ramai agar berhenti menyebarkan perkara salah tersebut semata-mata atas kepentingan politik. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]enr7xTGEPQU[/wpdevart_youtube]