Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

UniKL Tidak Berhasrat Iktiraf...

BERA - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berhasrat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Undang-Undang Dana Politik Pupuk...

KUALA LUMPUR - Cadangan Akta Sumbangan dan Pembiayaan Politik dapat menyediakan platform sesuai...

Video: Honda Kembali Menyengat...

SEBAGAI peminat tegar kereta Jepun, pengenalan model-model baru yang dikeluarkan oleh Honda pada...

Che Ta Bengang Jadi...

KES menggunakan gambar wajah artis tempatan bagi melariskan produk kecantikan tanpa kebenaran boleh dikatakan...

Program Myberas Beri Manfaat Kepada Kelantan, Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR – Program MyBeras yang bakal dilaksanakan bermula Mac depan akan memberi manfaat terbesar kepada penerima di tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak, kata penyelaras program berkenaan.

Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian Shamsuddin Ismail berkata penerima di tiga negeri berkenaan merangkumi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan keluarga yang akan mendapat manfaat daripada program MyBeras.

“Melalui program ini, sebanyak 200,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara yang berdaftar sebagai penerima bantuan program E-kasih akan mendapat manfaat dan kebanyakkan mereka adalah dari Kelantan, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata melalui program itu setiap keluarga miskin tegar akan menerima bantuan dua kampit beras Super Tempatan (ST) lima peratus seberat 10 kilogram, setiap bulan.

Pada 28 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 mengumumkan setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan bermula Mac ini menerusi program MyBeras.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan MyBeras sehingga Disember 2016 bertujuan mengurangkan beban hidup keluarga miskin susulan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Shamsuddin berkata program yang dijangka bermula 1 Mac ini akan dikendalikan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melalui mekanisme yang telah ditetapkan.


“Bernas diberi tanggungjawab untuk menguruskan program MyBeras dan mereka akan bekerjasama dengan kilang pembekal dan pemborong tempatan untuk menyediakan jumlah beras yang diperlukan di setiap kawasan,” katanya.

Beliau berkata pembekal kemudian akan menyalurkan beras kepada penerima menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan mengeluarkan notis atau pergi sendiri ke rumah penerima untuk menyampaikan bekalan beras.

Shamsuddin juga memberi jaminan bahawa bekalan beras akan mencukupi bagi tujuan program ini dan pengguna lain tidak perlu risau akan kekurangan bekalan.

Sementara itu, wakil Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd, pembekal beras jenama Jati ketika dihubungi berkata syarikat itu bersedia memberi kerjasama dalam menjayakan program MyBeras.

“Serba Wangi menyokong penuh usaha kerajaan dalam melaksanakan program ini dan kami percaya usaha positif ini dapat memberi manfaat kepada lebih banyak orang yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KW63LbG-Dac[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori