Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Disyaki...

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung seorang pekerjanya...

2 Mangsa Gempa Bumi...

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan dua mangsa warga Singapura yang dilaporkan hilang...

Piya Masih Pertimbang Kontrak...

KOTA BHARU - Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzimasih mempertimbangkan tawaran kontrak baharu...

1.2 Juta Rakyat Di...

PADANG BESAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 1.2 juta rakyat di...

Program PATI Secara Dalam Talian Bermula Isnin

KUALA LUMPUR – Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Tanpa Izin (PATI) secara dalam talian akan dilaksanakan bermula esok hingga 31 Dis.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN), program yang bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan, akan dipantau ketat.

“Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan majikan untuk menyertai program ini serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam negara,” menurut kementerian itu.

Menurut KDN, program yang dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja, adalah bertujuan bagi membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

Program ini akan dinilai sepanjang tempoh tiga bulan pertama, dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemas kini demi memastikan kelancaran pelaksanaan program tersebut bagi tempoh seterusnya, menurt kenyataan itu.

Menurut KDN program penggajian dan penempatan semula PATI akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI.

Mana-mana majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar di bawah program tersebut akan dikenakan hukuman berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI.


Menurut kenyataan itu lagi, antara syarat-syarat utama program itu adalah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, mempunyai majikan yang berkaitan serta bebas daripada sebarang rekod jenayah.

“Selain itu, pelaksanaan program itu adalah tertakluk kepada sektor yang dibenarkan sahaja serta tidak termasuk sektor luar dasar atau sektor yang dibekukan oleh kerajaan,” menurut KDN.

Permohonan bagi program penggajian dan penempatan semula PATI boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal www.rehiring.imi.gov.my, dan syarat-syarat terperinci program tersebut boleh diperoleh di laman web sama.

Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia pada setiap hari dari 8.30 pagi hingga 11 malam melalui talian 03-8880 1555. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]6ao8GUSXXfk[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori