Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tuntutan Palsu JPS: Tan...

PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan tiga lagi lelaki termasuk...

Eropah Dalam Ketakutan, Askar...

MELALUI laporan media antarabangsa, bandar-bandar di Eropah kini dikawal oleh pasukan tentera setelah beberapa...

Hans Optimis Zainal Bakal...

PEMENTASAN Lawak Ke Der telah beberapa kali dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya,...

Hadkan Tempoh Jawatan: Ambil...

KUCHING - Tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri yang dicadang untuk dihadkan kepada dua...

Program Pemukiman Di Hulu Perak Capai Matlamat – MB

GERIK – Program pemukiman anjuran kerajaan negeri di Hulu Perak yang berakhir hari ini dilihat berjaya mencapai matlamat dalam mendekati rakyat.

Sebanyak 137 program dilaksana sepanjang tempoh pemukiman siri pertama ini tahun ini selama lima hari yang Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sendiri turun padang pada sebahagian program untuk melihat dan mendengar aduan rakyat termasuk daripada golongan Orang Asli.

Program menjelajah kampung itu turut disertai para anggota exco kerajaan negeri bersama agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan untuk menyelesai masalah yang dibangkitkan rakyat seperti isu tanah, telekomunikasi dan infrastruktur.

Zambry yang ditemui memberitahu program itu akan diteruskan ke daerah lain pula setelah menilai kelemahan dan kekurangan pelaksanaan permukiman yang dilakukan di Hulu Perak.

“Masing-masing mempunyai kepentingan dan keperluan berbeza yang perlu diberi perhatian di setiap kawasan. Kepuasan rakyat adalah keutamaan nombor satu. Maka segala kelemahan akan diperbaiki untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dari kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Sempena pemukiman itu, Zambry turut melancarkan program ‘Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir’ dan ‘Fit Perak’ yang dihadiri kira-kira 5,000 belia di Padang Landasan Terbang Gerik.


Antara hasil program pemukiman itu ialah apabila 19 orang masyarakat India di Kampung Ramasamy, Temengor menerima surat hak milik tanah bagi rumah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut melakukan pemeriksaan pendawaian di rumah orang Asli di Ulu Gerik yang dibina sejak 1971 di samping menggantikan lampu yang rosak.

Pemukiman seterusnya akan diadakan di Daerah Kerian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori