Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Venue Final Bolasepak Dari...

SEBELUM ini perlawanan akhir bola sepak dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit...

“Saya Pemaaf, Tak Akan...

MELAKA TENGAH - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan dipecat daripada Parti...

Bahana Langgar Lopak Air:...

GARA-GARA melanggar lopak air, sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan sebelum bertembung dengan...

Aini Sophi, Nur Hazwani...

KUALA LUMPUR - Aini Sophi Shamsol Zainal,18, dari Melaka merangkul Anugerah Miss Malaysia...

Rafizi Kecam Pendirian Presiden PAS

KUALA LUMPUR – Pakar propaganda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi awang kerana enggan menyertai perhimpunan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Mac ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung partinya mendakwa, Abdul Hadi selaku Presiden PAS wajar memberi kerjasama kepada usaha pembangkang dan kumpulan penentang dalaman UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri tersebut.

“Saya jarang sangat mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh PAS, apatah lagi yang melibatkan Abdul Hadi.

“Namun saya ditanya mengenai pandangan saya kepada pendirian terbaru Abdul Hadi iaitu “menolak parti UMNO berkawan dengan orang (pemimpin) UMNO,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan penentang dalaman UMNO merujuk kepada gerakan oleh bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Najib melalui jalan belakang.

Rafizi dalam reaksinya hari ini turut membuat kenyataan berbaur propaganda untuk mengelirukan ahli dan penyokong UMNO berhubung penentangannya ke atas Najib.

Beliau dalam kenyataannya seolah-olah mahu menekankan tindakan beliau menyerang Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor selama ini kononnya mahu menyelamatkan UMNO.


Dakwa beliau, Najib perlu dijatuhkan kerana sedang merosakkan dan memecahbelahkan kesatuan parti UMNO.

Ironinya, Rafizi dan kumpulan penentang dalaman UMNO yang sering menyebarkan pelbagai propaganda dan fitnah ke atas Najib serta parti itu bagi memecahbelahkan ahli dan penyokong UMNO demi kepentingan masing-masing.

Pelbagai jawapan oleh Najib dan UMNO kepada pelbagai dakyah yang dilemparkan oleh mereka pula akan diputar belit di media sosial untuk mengelirukan ahli dan penyokong UMNO.

Propaganda terbaru Rafizi itu sebenarnya selaras dengan pengumuman misi DAP pada awal tahun ini iaitu memastikan UMNO ditumbangkan oleh ahli dan penyokong parti itu sendiri. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]IWkK0e2qw8E[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori