Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Rancang Buka Pejabat...

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang mewujudkan Pejabat Penasihat Pertahanan baharu di Mesir bagi mendokong...

Masih Belum Jelas Tentang...

Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB. Walaupun...

Puad Tempelak Anwar Bacul...

LANJUTAN kisah petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang Di-Pertuan...

Hidu ‘Bau Ketakutan’ Zaman...

SINGAPURA - Jika anda pernah membayangkan bagaimana rasanya kehidupan dalam satu-satu era sejarah...

Raja Azmi Berdebar Nanti Detik Diijabkabul Semula

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 57, mengakui berasa berdebar menantikan detik diijabkabul semula dengan bekas suami, Mohd Eddie Ghazali yang dijadualkan pada 26 Februari ini.

“Jujurnya, saya rasa berdebar menantikan detik pernikahan semula bersama Eddie. Macam kali pertama nak bernikah pula.

“Saya bersyukur kerana Allah masih memberi jodoh dan peluang untuk perbaiki perkahwinan kami ini,” katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi dan Eddie bakal bernikah pada 26 Februari ini di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan dalam majlis serba sederhana kerana ingin menumpukan perkara yang wajib sahaja.

Majlis pernikahan hanya akan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.


Pasangan ini bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 11 November 2014 selepas setahun mendirikan rumah tangga pada 2013.

Semoga perkahwinan kali kedua mereka ini kekal hingga ke akhir hayat.

Tahniah Kak Mie dan Abang Eddie! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori