Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tragedi Kebakaran Tahfiz: Kini...

TIDAK ada yang lebih menyedihkan selepas berakhirnya tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

95 Peratus Penduduk Malaysia...

SHAH ALAM: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti...

Siasat Ketirisan Kontrak Pengorekan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi merungkai isu ketirisan...

Putera Harry Galas Tugas...

LONDON - Ratu Elizabeth melantik cucunya, Putera Harry, sebagai duta belia bagi Komanwel,...

Rakaman CCTV Kes Tembak Ahli Perniagaan Dihantar Ke Makmal

GEORGETOWN – Pihak polis telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membabitkan kes tembak ahli perniagaan di Jalan Datuk Keramat di sini awal pagi Khamis lepas ke makmal untuk dianalisis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya percaya laporan makmal akan diperoleh dalam tempoh terdekat untuk memberi petunjuk baharu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Selain rakaman CCTV, polis turut menghantar peluru jenis win 9mm Luger yang digunakan suspek ke makmal,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, Syed Amen Jainul Abidin, 46, maut ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Mohd Zakaria juga berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan kes dengan motif dendam atau sindiket tertentu.

“Biar pihak polis jalankan siasatan dan saya beri jaminan kami akan maklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa kepada orang ramai. Cuma saya minta orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid menafikan suspek telah ditahan semalam seperti yang tersebar dalam Facebook dan WhatsApp.


Gambar seorang lelaki bertatu di lengan dan dada tersebar sejak semalam yang didakwa terlibat dengan kes itu.

Difahamkan lelaki berkenaan ditahan di Kepong, Kuala Lumpur pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung penemuan sepucuk pistol.

Balu peniaga nasi kandar berkenaan, Masita Abu Bakar, 46, turut meminta orang ramai agar tidak menyebar maklumat tidak tepat mengenai kes pembunuhan suaminya kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

“Pihak keluarga kami memang sedih dan berdoa agar polis dapat menangkap mereka yang terlibat dalam kejadian itu secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]aGW2j_n6sns[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori