SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dari Massachusetts, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh guru Matematiknya sebelum merogol mangsa, tiga tahun lalu.
Ketika melakukan jenayah terbabit, Philip berusia 14 tahun, membunuh Colleen Ritzer, 24, dengan mengekori mangsa ke tandas sekolahnya sebelum melakukan serangan kejam tersebut.
Selepas menikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau pemotong kotak, Philip kemudiannya mencekik dan merogol mangsa sebelum membuang mayat dalam tong sampah.
Tidak puas hati, Philip membawa mayat mangsa ke dalam hutan berdekatan dan menguburkannya di situ.
Perbuatan terkutuknya terbongkar selepas Philip menggunakan kad kredit Colleen untuk membeli tiket wayang pada hari sama dia melakukan jenayah itu. – MYNEWSHUB.CC