Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Keluarkan 73 Saman...

MELAKA - Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka...

Skuasy: Nicol Gagal Ke...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David terlepas peluang untuk merampas...

Messi Tidak Layak Jadi...

BIARPUN lagenda bola sepak Diego Maradona beranggapan Lionel Messi kurang berkelayakan untuk mengemudi...

Sabah Turut Nikmati Pelaksanaan...

KOTA BELUD - Sabah turut akan menikmati perkhidmatan perhubungan komunikasi lebih baik serta...

Remaja Antara 2 Maut Nahas Kemalangan Di Batu Kurau

TAIPING – Seorang remaja lelaki antara dua maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 8.5 Jalan Jelai-Kampung Masjid dekat Batu Kurau di sini, hari ini.

Mereka yang maut ialah Badrul Amin Yusri, 17, dan Abu Mansor Mat Zin, 57, manakala seorang lagi remaja lelaki berumur 15 tahun yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 8 pagi, Abu Mansor yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Pantai Besar menghala ke Jelai manakala dua remaja itu dari arah bertentangan.

“Kedua-dua motosikal dipercayai bertembung dari arah bertentangan. Badrul meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Abu Mansor meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya dalama satu kenyataan Rabu.


Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori