Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gugur Muhyiddin Keputusan Yang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin...

Jerebu: Arahan Semua Sekolah...

SHAH ALAM - Dakwaan semua sekolah termasuk swasta di Selangor akan ditutup selama...

Malaysia Perlu Hadapi Situasi...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mempunyai pilihan selain perlu menghadapi keadaan turun naik...

Pilih Perunding, Kontraktor Projek...

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC) hari ini mengesyorkan supaya pemilihan...

Saintis Singapura Cipta Roti Khas Pesakit Kencing Manis

SINGAPURA – Sekumpulan saintis dari Universiti Nasional Singapura (NUS) di sini berjaya menghasilkan satu resipi roti yang dikatakan amat sesuai untuk dimakan tanpa sebarang masalah oleh para pesakit kencing manis.

Roti berkenaan dikatakan mengandungi anthocyanin, iaitu sejenis pigmen yang lazimnya hanya terdapat pada tumbuh-tumbuhan seperti beras hitam dan buah beri biru, menurut stesen tempatan Channel NewsAsia.

Walaupun berwarna ungu, roti itu masih lagi mempunyai rasa seperti roti putih biasa. Warnanya yang agak unik adalah disebabkan daripada ekstrak beras hitam dalam adunan tepungnya, yang tinggi kandungan anthocyanin.

Makanan ruji itu yang mula dicipta manusia lebih 30,000 tahun lalu biasanya diperbuat daripada tepung gandum dengan yis dan air sebagai ramuan doh selain kadang kala ada sedikit campuran mentega dan minyak sayuran.

purple-bread-nus-data
Sui Xiaonan meletakkan doh roti sesuai untuk pesakit kencing manis ke dalam ketuhar. (Gambar: Channel NewsAsia)

Roti ungu tersebut juga kata saintis NUS sebagai amat sesuai untuk pesakit kencing manis atau diabetes kerana anthocyanin berfungsi untuk melambatkan proses pencernaan gula dalam roti sebanyak 12 hingga 20 peratus.


Malah roti khas itu boleh memberi manfaat kepada mereka yang sihat kerana kandungan antioksidan dalam roti berkenaan juga adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding roti putih, lapor stesen penyiaran tersebut lagi.

Ini sekali gus dapat membantu dalam mengurangkan risiko untuk mengalami sakit jantung dan barah. Usaha sedang dilakukan untuk menjual roti ungu tersebut secara komersial di pasaran tempatan bahkan dieksport.

Harga produk tersebut bagaimanapun dikatakan lebih kurang sama seperti harga beberapa jenis roti premium lain yang menyihatkan pengguna khasnya jenis cerewet dalam isu kesihatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori