KUCHING – Tujuh pusat pemindahan mangsa banjir masih beroperasi di daerah Serian pagi ini namun bilangan mangsa yang berada di situ menurun sedikit.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi ini seramai 1,523 orang daripada 477 keluarga masih berada di tujuh pusat berkenaan berbanding 1,538 orang darpada 483 keluarga malam tadi.
Dengan keadaan cuaca yang cerah sepanjang hari ini, beliau menjangka beberapa pusat pemindahan akan ditutup hari ini dan lebih ramai mangsa akan dapat pulang ke rumah masing-masing.
Banjir yang melanda negeri Sarawak sejak Sabtu lalu menjejaskan 7,965 orang daripada 2,051 keluarga yang terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat perpindahan yang dibuka di Kuching (25), Serian (13), Bau (14), Samarahan (lima) dan masing-masing sebuah di Padawan dan Simunjan. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]_W8OsFUNwQ4[/wpdevart_youtube]