Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rumah Terbuka Tahun Baharu...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang akan menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun...

15 Penagih Dadah Diberkas...

JOHOR BAHARU - Seramai 15 penagih dadah diberkas dalam satu operasi bersepadu di...

Wow!!! Jualan Murah Ezbuy...

BERITA baik buat peminat tegar pembelian barangan secara dalam talian apabila sebuah laman...

Rayuan Akhir Najib Kekal...

PUTRAJAYA – Rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung...

Satu Lagi Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Serian

KUCHING – Sebuah pusat pemindahan baru dibuka kira-kira pukul 10 malam tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di daerah Serian kepada 311 orang daripada 97 keluarga di dua pusat pemindahan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata Pusat Pemindahan banjir yang baru dibuka di Gereja Sacred Heart kira-kira 50km dari sini ketika ini menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga.

Beliau berkata sementara itu jumlah mangsa di satu lagi pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Gedong pula tidak berubah seperti malam tadi.

Menurutnya paras air di kebanyakan kawasan penempatan di sekitar pusat pemindahan itu sudah surut, namun pemantauan masih diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum mangsa banjir boleh kembali ke rumah masing-masing.


Beliau berkata pusat pemindahan yang dibuka sejak kira-kira seminggu yang lalu itu dijangka ditutup hari ini selepas pihak jawatankuasa pengurusan bencana daerah membuat penilaian pada tengah harinya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]prvpvoMZXFY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori