Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Suspek Samun, Pecah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat...

Wanita Kemboja Maut Digilis...

KUANTAN - Seorang wanita warga Kemboja maut akibat digilis sebuah lori membawa muatan...

Jet Pejuang Kanada Lancar...

TORONTO - Pesawat pejuang Kanada yang menyertai kempen pengeboman ke atas militan diketuai...

Keluarga Nora Anne Mahu...

PETALING JAYA - Ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui maut...

Semua Pihak Perlu Bersatu Pergiatkan Pembangunan Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta semua pihak agar bersatu padu untuk mempergiatkan usaha dalam memacu pembangunan ekonomi negeri, agar ia lebih berdaya saing.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat itu, semua pihak perlu mengetepikan sebarang perbezaan fahaman politik agama dan budaya.

“Kemajuan Perak yang mampan dapat mewujudkan ekonomi lebih sejahtera dan inklusif.

“Perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum amat penting dan mampu mengukuh serta menstabilkan ekonomi,” katanya ketika berucap ringkas pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini, Selasa.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; anggota exco kerajaan negeri serta Pengerusi PCCCI Datuk Liew Sew Yee.


Pada majlis itu, kira-kira 2,000 tetamu menikmati pelbagai hidangan termasuklah ‘Yee Sang’ selain menyaksikan beberapa persembahan tradisi masyarakat Cina.

Zambry turut menyampaikan angpau kepada 120 anak yatim dari sekitar Lembah Kinta. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]a_IsQ3jwU_g[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori