KISAH pelik ini mengenai berita kelahiran seorang bayi cukup istimewa yang dilaporkan berlaku di sebuah hospital di Tangdu, sebuah daerah di wilayah Shaanxi, China.
Bayi yang disenyawakan melalui proses tabung uji ini telah disenyawakan 12 tahun lalu dan masih selamat walaupun telah melalui proses pembekuan embrio lebih sedekad yang lalu.
Ini merupakan kelahiran yang paling panjang usianya disambut oleh warga China. Eksperimen ini sebenarnya bukanlah satu percubaan yang ‘kejam’.
Tetapi ia satu kejayaan dan khabar gembira bagi warga China terutama sekali untuk wanita berusia yang mengalami masalah kesuburan.
ChinaDaily melaporkan bahawa terdapat seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang mengalami masalah sindrom ovari polisistik (polycystic ovary syndrome) .
Tiub falopio wanita ini juga tersumbat dan dia telah menjalani proses pembekuan embrio setelah mencuba untuk mengandung melalui kaedah IVF (In Vitro Fertilisation) iaitu persenyawaan luar rahim pada tahun 2003.
IVF atau persenyawaan luar rahim atau juga lebih dikenali sebagai bayi tabung uji.
Selepas 13 tahun kemudian, apabila dasar satu keluarga satu anak di China dimansuhkan, wanita tersebut melahirkan anaknya yang kedua seberat 7lb 6oz (anggaran 3 kilogram lebih).
Semasa beliau pertama kali menjalani rawatan kesuburan, doktor di hospital berkenaan telah ‘menuai’ 12 ovum atau telur untuk disenyawakan dengan sperma suami wanita terbabit.
Dua daripada 12 ovum tersebut, disenyawakan terus  ke dalam rahim wanita itu dan 9 bulan kemudian wanita terbabit telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan cukup anggotanya.
Manakala ovum yang selebihnya yang dianggap berpotensi untuk disenyawakan dibekukan seandainya wanita tersebut ingin mengandung lagi pada masa hadapan.
Daripada 7 embrio yang telah disenyawakan itu, hanya 3 sahaja yang terselamat semasa proses penyahbekuan dan salah satunya bayi yang lahir pada Rabu lalu.
Tahniah diucapkan kepada wanita terbabit  atas kelahiran bayi itu. Di Malaysia juga ada kes sedemikian, apabila pasangan suami isteri terpaksa guna kaedah lain untuk dapat anak setelah gala berhasil dengan cara normal.
Dengan wujudnya teknologi canggih dalam bidang perubatan moden, nescaya dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Apa pun kaedah digunakan, usah sesekali belakangi Syariah dan hukum hakam yang digariskan dalam agama kita iaitu ia mestilah benih daripada suami sendiri disenyawakan dengan isteri sah. – MYNEWSHUB.CC
Baca: Ibu Derma Rahim Untuk Anaknya Boleh Bersalin
Juga: Demi Anak, Nenek Ini Sanggup Lahir Cucu Sendiri
Lagi: Kota Kecil Itali Sambut Bayi Pertama Lepas 28 Tahun
Dan: Denmark Pengeksport Terbesar Sperma 80 Negara
Serta: Jual Air Mani Lelaki Ini Jadi Bapa Pada 800 Anak
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=7rP36jmH8vA]