Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan langkah kerajaan DAP...

Mangsa Banjir Di Melaka,...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 4,382 orang daripada 968...

Pengantin Rela Diraba Demi...

JELIK dan memalukan. Seorang pengantin perempuan sanggup membenarkan tetamunya meraba payu daranya pada...

Abdul Hadi Mahu Banyak...

Presiden parti PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang melihat untuk berehat kerana...

Shaheizy, Syatilla Melvin Selamat Diijab Kabul

NIBONG TEBAL – Pelakon popular Shaheizy Sam Abdul Samad dan Siti Nor Syatilla Amirol Melvin selamat diijab kabul dalam satu majlis di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Villa, di sini Isnin malam.

Pasangan itu yang memakai persalinan warna putih dinikahkan jurunikah yang juga Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Elias Zakaria, berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah.

Dengan sekali lafaz Shaheizy Sam, 34, yang kelihatan tenang, sah bergelar suami kira-kira pukul 9 malam.

Shaheizy Sam kemudiannya menyerahkan mas kahwin RM10,082 dan menyarungkan sebentuk cincin kepada Syatilla, 25, serta menyerahkan tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan daripada pihak Syatilla.

Majlis persandingan bagi pihak pengantin perempuan akan berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort esok, manakala pihak lelaki pula pada 14 Februari ini di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Shaheizy Sam yang merangkul gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak dua kali berkata beliau bersyukur kerana majlis malam ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami juga telah menjadi suami isteri.

“Saya memohon semua pihak terutama peminat-peminat kami mendoakan perkahwinan saya dan Syatilla kekal hingga akhir hayat,” katanya.


Sementara itu, aktres yang semakin meningkat naik, Syatilla Melvin berkata beliau tidak pernah melihat suaminya itu sebagai orang terkenal kerana Shaheizy seorang yang sangat merendah diri.

“Bagi saya beliau adalah orang biasa sama seperti saya. Jadi untuk berkahwin dengan orang yang terkenal seperti dia, saya rasa bukan satu cabaran untuk saya,” katanya yang turut meraikan hari ulang tahun kelahirannya hari ini.

Ditanya mengenai karier seninya selepas ini, Syatilla berkata segalanya terpulang kepada restu suaminya yang popular dengan filem Polis Evo itu.

Majlis Perkahwinan pasangan itu menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta dan sekali gus dilabel sebagai ‘Wedding of The Year‘.

Jumlah itu termasuk barang kemas bernilai RM20 juta dan selebihnya melibatkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin serta cenderahati. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Dt3KKviFKfo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori