Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

522 Anak Pelarian Terpisah...

Washington - Kerajaan Amerika Syarikat menyatukan semula 522 anak pendatang yang terpisah daripada...

Serah Lagi Pegawai SPRM...

KUALA LUMPUR - "Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini,"...

Kenyataan Dr. Asyraf Wajdi...

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Harap Kemelut Politik Kedah...

KLUANG - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kemelut politik yang...

SPRM Tahan Rela Menyamar Jadi Pegawai Imigresen

SEREMBAN – Bimbang ditahan selepas menerima rasuah, seorang anggota Rela yang menyamar sebagai pegawai Imigresen bertindak merempuh kenderaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi, suspek lelaki berusia 38 tahun yang menaiki Proton Wira Aeroback itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban 2.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek dipercayai telah meminta rasuah sebanyak RM2,000 bagaimanapun telah menerima rasuah sebanyak RM800 daripada seorang peniaga perabut berusia 37 tahun.

“Rasuah itu untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja pengadu warga Pakistan yang dikatakan menyalahgunakan permit kerja.


“Suspek telah menerima rasuah sebanyak RM500 semalam dan hari ini sebanyak RM300,” Katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata kes mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]i_YtYJvVSgM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori