Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bas Ekspres Terbabas Dipercayai...

BAS dipandu terlalu laju dipercayai penyebab punca nahas kemalangan maut di Kilometer 137.2...

5 Ditahan Seludup Wanita...

Bangkok - Polis Thailand semalam menahan lima orang yang disyaki menyeludup wanita negara...

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar...

Video Lucah: Haziq Digantung...

PUTRAJAYA - Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dipercayai terlibat...

Suara ‘Jantan’ 5 Divo Berjaya Puaskan 5 Ribu Penonton

MENGHIBURKAN dan terhibur!

Itu yang dirasai penulis sebaik konsert 5 Divo melabuhkan tirainya semalam.

Masakan tidak, konsert yang berlangsung hampir dua jam itu berjaya memberi kepuasan yang tidak terhingga dan rata-rata yang hadir konsert anjuran Laugh Out Loud Entertainment (LOL Entertainment) itu pasti setuju.

Konsert julung-julung kali menggabungkan lima penyanyi lelaki bersuara emas dari tiga negara – Hafiz, Hazama, Afgan, Judika dan Taufik Batisah itu juga telah berjaya membuktikan kekuatan vokal kelima-lima penyanyi lelaki terlibat.

Tepat jam 9 malam, konsert dimulakan penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah dengan lagu popularnya, Awak Kat Mana bersama iringan penari.

Selesai persembahan pembukaan, Taufik memperkenalkan divo seterusnya, Hafiz yang tampil dengan lagu pengenalan dirinya ke arena seni, Noktah Cinta.

Vokal mantap Hafiz tidak perlu diragui lagi apabila penyanyi berusia 27 tahun itu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kekuatan suara.

12 (1)
Hafiz memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu Noktah Cinta, Ku Akui, Bahagiamu Deritaku dan Awan Nano. 

Kemudian tiba giliran Afgan yang dinanti-nantikan peminat. Sebaik penyanyi berlesung pipit manis itu muncul, peminat tidak jemu-jemu bersorak girang melihat kelibatnya.

Mendedikasikan lagu malar segar nyanyian asal Ratu Jazz negara, Dato Sheila Majid yang turut hadir pada konsert itu, Aghan tenang melantunkan suara diikuti hadirin yang ikut sama sing along.

13 (2)
Nama Afgan paling mendapat sorakan daripada penonton yang hadir.

Divo keempat yang bergaya dengan kot emas gemerlapan, Hazama pula lincah mengikut irama Penglipur Lara sebelum pentas diserahkan kepada Judika yang menghiburkan dengan lagu pembukaan Bukan Rayuan Gombal.

Konsert yang diiringi muzik orkestra pimpinan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS kemudian bersambung dengan persembahan solo dari Hafiz melantunkan tiga lagu hitsnya Ku Akui, Bahagiamu Deritku dan Awan Nano.

Taufik kemudian mengambil tempat dengan Usah Lepaskan dan Menakluk Cinta sebelum berduet dengan Afgan menerusi lagu Michael Jackson, Love Never Felt So Good.

Afgan kemudian terus menghiburkan peminat dengan lagu Knock Me Out sebelum meneruskan dengan Jodoh Pasti Bertemu. Mengakui dirinya masih single, Afgan sempat mendoakan agar dirinya dan peminat yang masih belum berpunya bertemu jodoh segera.

Selesai persembahannya, Hazama terus menghangatkan suasana dengan lagu Malaikat dan Ku Relakan Jiwa.

2
Taufik Batisah dan Hazama.

Pastinya konsert ini menjadi kenangan terindah buat Hazama apabila dirinya diberikan peluang berduet bersama idolanya sendiri iaitu Judika menerusi lagu Sampai Mati dan Setengah Mati Merindu.


Vokal padu Judika berjaya membuai perasaan penonton yang turut sama menghayati bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu tentang cinta tak kesampaian, Bukan Dia Tapi Aku dan Aku Yang Tersakiti.

Menutup tirai dengan persembahan yang tidak boleh dilupakan penonton; Hafiz, Judika, Afgan, Taufik dan Hazama bergabung suara ‘jantan’ mereka mempersembahkan Dealova nyanyian asal Once dan Lelaki Ini (Anuar Zain).

11
Persembahan penutup tirai, nyanyian 5 Divo mendendangkan lagu Dealova dan Lelaki Ini dalam versi mereka yang tersendiri.

Memang superb dan menjadi kolaborasi konsert ini apabila boleh dikatakan, tidak kelihatan mana-mana penyanyi yang terlalu menonjol, sebaliknya semua memberi yang terbaik dalam persembahan penutup yang cukup perasa itu.

Sut yang digayakan kelima-lima penyanyi hebat pada konsert malam tadi merupakan hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

14
Pengarah Urusan Lol Entertainment, Gadaffi Ismail Sabri.

Mengakui masalah ekonomi sekarang merupakan salah satu faktor mengapa konsert ini kurang memberansangkan dari segi jumlah penonton, Pengarah Urusan Lol Entertainment Gadaffi Ismail Sabri tetap optimis dengan kejayaan konsert anjuran syarikatnya.

“Jumlah yang datang hari hari ini kira-kira 5,000 orang, ianya satu jumlah yang boleh dikatakan agak ramai.

“Saya faham masalah ekonomi sekarang membuatkan orang ramai tidak terlalu berbelanja terutama untuk hiburan namun saya puas hati dengan jumlah penonton hari ini,” katanya ketika ditemui usai konsert.

Beberapa selebriti tempatan turut dilihat hadir malam tadi, antaranya Rozita Che Wan, Zain Saidin, Nana Mahazan, Jihan Muse, Elfira Loy, Misha Omar, Nabila Huda, Yasmin Hani, Waris dan Sabhi Sadhi.

Secara keseluruhannya, konsert ini berjaya dari segi persembahan para artis, muzik orkestra yang padu dan mantap serta penataan cahaya yang cukup wow!

Menerusi kejayaan konsert 5 Divo ini, mungkinkah pada masa hadapan akan ada pula Konsert 5 Diva? Kita tunggu dan lihat! – MYNEWSHUB.CC

1 (2)

FSH_1787 (1)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori