Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

87 Jemaah Umrah Terkandas...

JOHOR BAHRU - Syarikat Al Fajr Travel and Tours Sdn. Bhd., yang menguruskan...

Peniaga Ikan Kerugian RM43,000...

KUANTAN - Seorang wanita peniaga ikan kerugian wang tunai RM43,000 dan barangan berharga...

GMM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mengalu-alukan pemilihan Malaysia sebagai anggota...

Zoo Melaka Sedang Giat...

MELAKA - Kerja menaik taraf Zoo Melaka dan Night Safari sedang giat dijalankan...

Sultan Ahmad Shah Canselor Pertama KUIPSAS

KUANTAN – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor pertama KoleJ Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini, yang dinaik taraf sebagai kolej universiti pada Oktober lepas.

Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom yang diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

KUIPSAS, yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 20 Okt tahun lepas.

Ketika bertitah pada istiadat itu, Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa bangga di atas pencapaian cemerlang kolej universiti itu yang penubuhannya dicetuskan oleh para ulama negeri ini.

“Perkembangan baik ini akan memberi peluang lebih besar kepada rakyat Pahang khasnya dan rakyat Malaysia amnya dengan mereka boleh menyambung pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda sehingga sarjana dan PhD (doktor falsafah),” titah baginda.

Baginda yakin KUIPSAS mampu dinaik taraf menjadi status universiti penuh pada masa depan, dengan pendidikan yang ditawarkan dapat memberi impak positif kepada Pahang.

Sultan Ahmad Shah bertitah baginda amat berharap KUIPSAS menjadi sebuah pusat ilmu yang menawarkan program pengajian mengintergrasikan ilmu duniawi dan ukhrawi.

“Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa KUIPSAS mampu bergerak lebih jauh ke depan memandangkan guna tenaga kerja yang memiliki keseimbangan duniawi dan ukhrawi begitu diperlukan pada masa kini,” titah baginda.


Baginda berharap graduan KUIPSAS mempunyai ciri-ciri kepimpinan, berdaya saing dan keusahawanan serta berakhlak mulia dengan memiliki kemahiran tinggi seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Sultah Ahmad Shah juga meletakkan harapan tinggi untuk melihat KUIPSAS membina keupayaan sumber rujukan dalam bidang Bahasa Arab dan bahasa asing lain untuk memenuhi keperluan menguasai pelbagai bahasa dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.

“Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang ini, keperluan menguasai lebih dari satu bahasa merupakan satu kelebihan dan kemestian kepada graduan,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah meminta KUIPSAS menggerakkan aktiviti memperkasa tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat untuk memastikan kelangsungan tulisan itu.

“Jawi adalah pusaka bangsa Melayu yang perlu perlu dikekalkan,” titah baginda. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jQLZwiVKvkY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori