Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Beijing Haramkan Bakar Barang...

BEIJING – Pihak berkuasa China mula mengharamkan segala jenis pembakaran terbuka termasuk ritual...

Muafakat Jawab Tohmahan DAP...

BIDAS... Umum tahu selama ini DAP cukup anti dengan segala agenda hak kepentingan...

Dr Afif Bagi Keterangan...

BUKIT MERTAJAM - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan...

JDT Umum Bantu Skuad...

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membantu...

Tadika Perpaduan Perlu Dijenamakan Semula

PUTRAJAYA – Taman Bimbingan Kanak- Kanak (Tabika) Perpaduan perlu dijenamakan semula untuk terus menjadi pilihan masyarakat dalam pendidikan awal kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Penjenamaan semula itu penting untuk memastikan tabika itu kekal relevan dan tidak tenggelam dalam institusi pendidikan prasekolah yang ditawarkan oleh agensi kerajaan mahupun swasta, katanya.

Berucap pada majlis himpunan awal tahun 2016 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kurup berkata ibu bapa muda khususnya masih tidak tahu mengenai kebaikan menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan.

“Sebab itu perlu bagi kita untuk menjenamakan semula Tabika Perpaduan agar peranan-peranan yang dimainkan sebagai pusat pembelajaran dan asas pembentukan integrasi nasional terus kekal dan diterima ramai,” katanya.

Kurup berkata kebajikan warga kerja Tabika Perpaduan turut sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan sejajar dengan peranannya sebagai barisan hadapan yang menjadi tonggak atau ejen perpaduan di peringkat akar umbi.


Antara usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan motivasi warga Tabika Perpaduan termasuklah menyerap seramai 1,710 guru dan penolong guru yang berstatus kontrak yang bekerja sekurang-kurangnya 15 tahun sebagai kakitangan tetap bermula Julai ini.

Mengenai Penggerak Perpaduan, Kurup berkata khidmat 50 pegawai itu akan diteruskan tahun ini selepas mengambilkira peranan mereka dalam mempromosikan perpaduan dan integrasi nasional. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori