Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Tercekik Coklat Telur,...

TOULOUSE - Pendakwa raya Perancis berkata tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap pengilang dari...

[RASMI] Hasni Menang Di...

JOHOR BAHRU : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad menang...

Top Glove Tiada Hasrat...

KUALA LUMPUR – Top Glove Corporation Bhd tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang...

Harimau ‘Rare’ Di Zoo...

SEEKOR harimau Benggala putih yang jarang ditemui dirakam menjilat dan makan tanah di...

Tandas Mewah Untuk Puteri Thai Di Kemboja

PHNOM PENH – Seorang puteri Thailand langsung tidak menggunakan bilik air berharga AS$40,000 (RM168,820), yang dibina khusus untuknya ketika melawat Kemboja.

Kemudahan itu dibina berikutan lawatan Puteri Maha Chakri Sirindhorn, pada Isnin lalu ke Tasik Yeak Lom di timur laut negara jiran berkenaan.

Namun, pemimpin masyarakat, Ven Churk, berkata lawatan dua jam itu berakhir tanpa puteri berkenaan menggunakan langsung tandas mewah tersebut.

Tandas itu kemudian dialihkan dan bilik mandi bersebelahan bertukar menjadi pos keselamatan untuk pelancong yang melawat tasik berkenaan.

“Dia (Puteri) tidak masuk ke dalam bilik air, sebaliknya hanya melihat dari luar dan mengambil beberapa gambar,” katanya sambil menambah tandas itu disiapkan dalam tempoh dua minggu.


Gabenor Wilayah, Nhem Sam Oeun, berkata tandas itu sangat moden, sangat baik dan tidak boleh disimpan kerana ia adalah khas untuk kerabat diraja.

“Kerajaan Thailand turut menanggung sebahagian kos pembinaan itu,” katanya.

Media tempatan melaporkan bilik air mewah itu dibina Siam Cement Group (SCG), sebuah gergasi pembinaan Thai, dan dimiliki sebahagiannya oleh Crown Property Bureau.

Mereka turut menguruskan aset dan pelaburan keluarga Diraja Thai. SCG gagal dihubungi untuk mengulas lanjut. – AGENSI/myMetro Online

Baca: Amerika Cipta Inovasi Tandas Bersinar Dalam Gelap

Lagi: Jamban Canggih Ada Ultra Ungu Hancur Najis

Juga: Pramugari Tawar Seks Di Tandas Kepada Penumpang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori