Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pembalakan, Perlombongan Haram Kini...

KOTA KINABALU - Kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi...

Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model...

BEIJING - Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung pada 12 Mei lalu nampaknya...

Adham Baba Tuntut C4...

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini mengemukakan...

Bajet 2017 Bukan Sembang...

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan...

Tarian Singa Turut Disertai Kaum Melayu Dan India

KUALA NERUS – Demi minat, tiga pemuda berlainan bangsa, dua Melayu dan seorang India tekad menyertai kelab tarian singa, tarian tradisional masyarakat Tionghua yang sering dipersembahkan pada musim perayaan Tahun Baru Cina ataupun majlis keramaian di negara ini.

Bagi Mohd Sharman Mohd Sabri, 32, dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu dekat sini berkata beliau menyertai Kelab Kebudayaan dan Sukan (Kesun) yang sering membuat persembahan tarian singa di sekitar negeri ini sejak tiga tahun lepas.

“Saya memang minat dengan tarian singa ini sejak kecil. Pada mulanya agak kekok, kerana terdapat pergerakan yang agak sukar dalam tarian itu serta akan merasa penat ketika melakonkan watak singa terutama di bahagian ekor.

“Tangan kita turut terasa kebas semasa memainkan gendang,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran persembahan tarian singa terbesar di negeri ini sempena sambutan Tahun Baru Cina oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri A Latiff Awang di Gong Badak, dekat sini, semalam.

Pekerja swasta itu yang fasih berbahasa Mandarin, berperanan menjaga bahagian ekor singa dan kadangkala bermain gendang piring (cheng).

Rakannya Jefry Omar, 27, yang tinggal di Kampung Cina, berkata beliau berkecimpung dengan tarian singa sejak berumur 14 tahun dan fasih berbahasa Kantonis, Tionghua dan Mandarin.

“Saya minat tarian ini kerana banyak berkawan dengan rakan-rakan Cina sejak di tadika hinggalah ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Wee Sin, dekat sini.

“Abang saya Rozi, 29, sebelum ini turut bermain tarian singa dan dari itu mendorong saya menceburi tarian ini,” katanya yang turut memainkan peranan sebagai kepala atau ekor singa.

Katanya, walaupun permainan tarian singa agak memenatkan kerana ia perlu lincah, tetapi beliau merasa puas apabila ramai yang menonton dan menggemarinya tanpa mengira kaum.


Seorang lagi rakan mereka daripada kaum India iaitu Raj atau Lim Tau Chuan, 26, pula berkata, beliau adalah anak angkat kepada sebuah keluarga Tionghua di bandar ini.

Kata Raj, disebabkan dibesarkan oleh keluarga angkatnya, beliau terdedah dengan tradisi dan kebudayaan masyarakat itu termasuk tarian singa yang menjadi acara utama setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

“Jadi tidak hairanlah kalau saya begitu meminati tarian ini dan pernah membuat persembahan di merata tempat di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Kesun Datuk Alex Ong ketika ditemui berkata Kesun ditubuhkan pada 1999 dan banyak membuat persembahan tarian singa di seluruh negara.

“Kelab kami pernah bertanding tarian singa di peringkat kebangsaan dan memenangi tempat ketiga keseluruhan.

“Tarian singa Kesun ini, merupakan satu-satunya kelab yang mempunyai tarian singa yang besar dan mampu menarik minat orang ramai,” katanya.

Katanya, selepas perasmian hari ini mereka akan membuat persembahan tarian singa ke seluruh negeri termasuk beberapa daerah di Kelantan iaitu Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kota Baharu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]j-PmSsY4WEs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori