Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Elfira Bukan Punca Saya...

PENYANYI Sufian Suhaimi menafikan dakwaan mengatakan dia sanggup meninggalkan bekas teman wanitanya semata-mata...

Keselamatan Perjalanan Kotak Undi...

ROMPIN - Keselamatan 'perjalanan' Borang 14 yang mengandungi jumlah undi sesebuah pusat pengundian...

‘Pertembungan Klasik’ JDT, Tok...

JOHOR BAHRU - Pertembungan klasik di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang...

Suspek Kes Tembak Toronto...

TORONTO - Lelaki yang dituduh menembak 15 orang dan membunuh dua lagi di...

Tarzan ‘Takmboh’ Turun Dari Pokok Cengal Setinggi 45 Meter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki di Kampung Pinang dekat sini menghabiskan masa lebih 32 jam bertenggek di atas pokok cengal setinggi 45 meter dan tidak menghiraukan pujukan supaya turun dari pokok tersebut.

Pekerja buruh binaan warga Kemboja yang memanjat kira-kira pukul 12.30 tengah hari Jumaat, tidak ubah seperti ‘tarzan’ apabila bergayut dari dahan ke dahan pokok.

Tindakannya itu menggemparkan penduduk kampung, anggota bomba dan polis di lokasi kejadian kerana bimbang dia akan terjatuh ke tanah.

Mereka cuba memujuk bapa kepada dua anak itu supaya turun tetapi tidak berjaya.

Tiada siapa tahu sebab lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu memanjat pokok dan kemudian enggan turun, membuatkan pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya.

Timbalan Penguasa Bomba Che Shaari Abdullah berkata, penduduk kampung ada melihat lelaki tersebut cuba untuk turun dari pokok tersebut beberapa kali tetapi mengubah fikirannya.

“Dia kelihatan seolah-olah belum membuat keputusan mengenai apa yang harus dilakukan,” ujarnya.

Beberapa penduduk kampung dikatakan mendakwa, lelaki itu memanjat pokok selepas berlaku salah faham melibatkan beberapa individu di kampung berkenaan.


Che Shaari memberitahu, dalam kebanyakan kes seseorang akan menjadi lemah dan lesu selepas tidak menjamah sebarang makanan atau minuman dalam tempoh 36 jam.

Justeru lelaki itu dikhuatiri akan terjatuh kerana dia tidak makan atau minum apa-apa sejak petang Jumaat lalu.

Bagaimanapun tindakan anggota polis bersembunyi dalam semak berhampiran apabila hari kian gelap berjaya membuatkan lelaki berkenaan menyangka mereka telah meninggalkan lokasi kejadian.

Warga Kemboja itu yang turun dari pokok kira-kira pukul 8.40 malam ditahan tak lama kemudian. – Terengganu Times

[wpdevart_youtube]2e2WjYLNX0w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori