Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Ujian Akhir Sesi...

PUTRAJAYA : Keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik dalam pentaksiran sumatif bermula tahun ini...

Video: Lelaki Ketawa Besar...

BEBERAPA keping gambar memaparkan seorang lelaki Thailand ditahan polis dalam keadaan bogel selepas...

Johor Kekurangan Doktor, Jururawat,...

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan, terutamanya...

Sarjan Polis Hadapi 1...

SHAH ALAM - Seorang sarjan polis yang dituduh memperoleh suapan di Mahkamah Sesyen...

‘Tauke’ Ola Bola Henti Modeling, Mahu Serius Jadi Pelakon

PELAKON berketurunan Cina JC Chee kini semakin mendapat perhatian peminat filem tempatan selepas muncul memegang watak Tauke dalam Ola Bola.

Kekacakan wajahnya tidak dinafikan jadi pelaris untuk menarik penonton terutama wanita ke pawagam bagi menyaksikan filem berkisarkan kehebatan pasukan bola sepak negara pada zaman 80-an tersebut.

Mengambil risiko meninggalkan karier modelnya di Singapura dan Taiwan, JC, 30, kini nekad mahu mengembangkan kerjaya sebagai pelakon.

“Menjadi teraju utama dalam filem Ola Bola adalah rezeki buat saya. Sekiranya diberi peluang untuk berlakon dalam filem dan drama Melayu, saya tidak menolak.

“Saya seorang model sebelum terjun ke bidang lakonan. Saya ‘stop’ modeling disebabkan mahu fokus dalam karier ini. Lagipun bidang peragaan semakin sengit dengan muka-muka baru jadi saya perlu fikirkan sesuatu demi kerjaya,” katanya kepada portal Murai.

Selebriti kelahiran Chuping, Perlis ini memegang watak Chow Kok Keong atau Tauke dalam Ola Bola di samping pelakon baharu seperti Luqman Hafidz dan Saran Kumar.


Filem arahan Chiu Keng Guan itu mula ditayangkan 28 Januari lalu dan berjaya memperolehi RM2.5 juta hanya dalam masa empat hari tayangan sahaja. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori