Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Remaja 17 Tahun Maut...

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan...

Projek Aeroangkasa Bakal Dibangunkan...

IPOH - Sebuah universiti awam dan syarikat antarabangsa berhasrat untuk membangunkan projek aeroangkasa...

Penyerang Konsert Las Vegas...

LAS VEGAS - Penyerang Las Vegas, Stephen Craig Paddock, yang menyeludup masuk senjata...

Bulan Puasa, Tasha Shila...

INGATKAN selepas tersebar gambar separuh bogel dipercayai miliknya dahulu, Tasha Shila akan mengubah penampilan...

Terbakar Di Leher Ketika Sedang Cas Telefon Bimbit

SEORANG remaja dari Chicago, Amerika Syarikat melecur gara-gara arus elektrik yang mengalir ketika dia sedang mengecas telefon bimbitnya ‘membakar’ kulit di bahagian lehernya, baru-baru ini.

Ibu remaja perempuan berkenaan Jackie Fedro berkata, arus elektrik mengalir menerusi rantai besi yang dipakai sehingga menyebabkan kulit leher anaknya terbakar.

Anaknya, Gabbie yang kesakitan menjerit dan terus berlari ke bawah sebaik insiden itu berlaku.

Akibat insiden berkenaan  Gabbie mengalami kecederaan berupa parut kekal di sekeliing lehernya.

Susulan itu, Jackie dan keluarganya menulis surat bagi menceritakan kejadian itu kepada pihak pengeluar telefon bimbit model T-Mobile LG d500 yang digunakan oleh Gabbie.


T-Mobile memberikan respons dengan memberi telefon bimbit baharu secara percuma dan menawarkan untuk membayar bil rawatan Gabbie.

Pengeluar itu turut meminta Gabbie memulangkan telefon bimbitnya untuk tujuan penyiasatan bagaimana insiden sebegitu boleh berlaku. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori