Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

⁠⁠⁠Isu Presiden FAM: Perang...

GAGAL di Kejohanan AFF 2016 di Myanmar baru-baru ini, membayangkan kesuraman prestasi skuad...

10,000 Motosikal Berkuasa Tinggi...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Tentera Maya UPKO Bersedia...

PENAMPANG - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) kini memiliki pasukan ‘tentera maya’...

Raja Permaisuri Agong Kirim...

SHAH ALAM - Arkitek yang juga penulis, Teme Abdullah melalui akaun Twitternya, @itsteme...

Terengganu Bakal Wujudkan Klinik 1 Malaysia Ke-16

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu bakal mewujudkan sebuah lagi Klinik 1 Malaysia (K1M) bagi menampung keperluan pesakit di negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata K1M ke-16 di Terengganu itu dilengkapi kemudahan rawatan pergigian dan bakal beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square.

“Kita jangkakan Klinik 1 Malaysia yang bakal dibuka itu mengambil masa kira-kira enam bulan.

“Setakat ini, kita telah mempunyai 15 Klinik 1 Malaysia yang beroperasi termasuk di Kampung Batin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1 Malaysia di Kampung Telaga Batin, di sini Ahad.

Menurut beliau, K1M yang mula beroperasi sepenuhnya September lalu itu, menelan kos RM287,323 dan seorang doktor turut ditempatkan di klinik berkenaan.


Katanya, dalam sehari, hampir 50 pesakit mendapatkan rawatan di klinik tersebut sejak, ia dibuka lima bulan lalu.

Beliau berkata, terdapat pertambahan hampir sekali ganda dalam jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di K1M dan berharap dengan adanya lebih banyak klinik berkenaan, ia mampu memberi khidmat kepada lebih ramai pesakit pada satu-satu masa.

Klinik berkenaan memulakan operasi pada 10 pagi hingga 10 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori