Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hutang Meningkat RM130 Bilion...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya projek Landasan Keretapi Pantai...

Geng Pecah Tabung Masjid...

SHAH ALAM - Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah...

Wanita Tunjuk Seluar Dalam...

China - Memalukan.Seorang sami yang terkenal di China dan mempunyai berjuta-juta pengikut di...

Tak Wujud Perancangan Projek...

KOTA KINABALU - Tidak wujud perancangan Projek IC (kad pengenalan) di Sabah melibatkan...

Throwback: Penampilan Sulung Artis Di Anugerah Grammy

ANUGERAH berprestij yang mengiktiraf kreativiti penggiat seni Hollywood, Anugerah Grammy edisi ke-58 akan diadakan di Staples Center, Los Angeles esok.

Majlis yang bakal dihoskan LL Cool J itu menyaksikan Kendrick Lamar menerima pencalonan terbanyak iaitu 11 kategori manakala Taylor Swift dan The Weeknd masing-masing sebanyak tujuh kategori.

Host LL Cool J announces nominees for song of the year at the Grammy Nominations Concert Live! on Friday, Dec. 6, 2013, at the Nokia Theatre L.A. Live in Los Angeles. (Photo by Matt Sayles/Invision/AP)
Hos Grammy 2016, LL Cool J.

Anugerah Grammy telah berjaya mengiktiraf banyak penyanyi Barat yang sehingga kini kekal popular dan relevan di kalangan peminat seluruh dunia.

Antaranya Britney Spears, Lady Gaga, Katy Perry, Justin Bieber dan Black Eyed Peas.

Lumrah apabila berlangsungnya acara glamor seperti Grammy, peminat bukan sahaja menanti pemenang yang bakal dinobat tetapi juga tak sabar-sabar mahu menatap gaya dan pakaian yang dikenakan artis kesayangan mereka ketika melalui karpet merah.


Untitled-1
Fesyen yang digayakan Lady Gaga dan Rihanna, dianggap paling menonjol dan daring di Grammy tahun lepas.

Walaupun telah lama bubar, kumpulan seperti Destiny’s Child dan Nsync antara selebriti paling dikenang sepanjang penganjuran Grammy di mana fesyen yang dikenakan ketika kemunculan sulung anggota kumpulan ini di karpet merah masih jadi sebutan sehingga ke hari ini.

Jom kita lihat gaya dan fesyen yang dikenakan artis-artis terkenal sekarang termasuk Justin Bieber dan Katy Perry, tatkala pertama kali berjalan di atas red carpet Anugerah Grammy beberapa tahun lalu.. – MYNEWSHUB.CC

10
Penampilan sulung Katy Perry pada Anugerah Grammy 2009.
9
Justin Bieber dengan gaya rambut trademarknya dalam Anugerah Grammy 2011.
8
Boyband kegilaan anak gadis, Nsync di Anugerah Grammy 2000.
7
Destiny’s Child berjaya sedondon dalam Grammy 2000.
6
Si manis Britney Spears dalam persalinan putih pada Grammy 2000.
5
Penyanyi yang paling banyak meraih perhatian peminat masa kini, Taylor Swift dalam kemunculan Grammy sulungnya pada 2008.
4
Gaya unik Alicia Keys pada Grammy 2002.
3
Kanye West menang besar dalam Grammy 2004.
2
Gaya sulung Lady Gaga dalam Grammy 2010.
1
Black Eyed Peas di Anugerah Grammy 2004.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori