Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pati Lolos Tahanan Di...

Tapah : Polis sudah menahan 91 daripada 131 pendatang asing tanpa izin (Pati)...

Aruz, Model SUV Terbaharu...

UNIK... Selepas kejayaan model mini kenderaan utiliti sukan (SUV) Kembara dan Nautica, Perusahaan...

Gaza Sahkan 2 Kes...

GAZA CITY - Pihak berkuasa di Gaza mengesahkan dua kes pertama COVID-19, hari...

Hadi Bertegas Usul RUU...

KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016...

Tiada Rakyat Malaysia Terkorban Serangan Bom Kereta Di Ankara

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden serangan bom kereta di Ankara, Turki, pada Rabu, menurut Kementerian Luar hari ini.

Kenyataan Wisma Putra di sini menyebut Kedutaan Malaysia di Ankara berhubung rapat dengan rakyat Malaysia, termasuk pelajar, yang berada di negara berkenaan.

“Kementerian Luar menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara akan terus memantau keadaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin dan melawat Turki supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta persekitaran mereka.

Mereka juga diminta supaya terus memantau dan mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan Turki.


Wisma Putra berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta, yang mengorbankan 28 orang dan mencederakan 61 yang lain, serta merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki, keluarga serta mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

“Kerajaan Malaysia menyifatkan serangan itu sebagai tindakan keganasan yang amat kejam dan pelakunya perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]t-y1mQqkz0Q[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori