Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Calon Peroleh A Dalam...

PUTRAJAYA - Seramai 9,721 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan...

Ibu Neelofa Batal Mohon...

KUALA LUMPUR - Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor...

Singapura Nafi Tidak Benarkan...

JOHOR BAHARU - Singapura menyangkal dakwaan ia tidak membenarkan operasi pembenihan awan dilakukan...

Adik Comel Ini Memerlukan...

ANAK kecil ini sering menangis kerana sakit selain mengadu berat pada bahagian kepala. Dia...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Bumi Di Taiwan

KUALA LUMPUR – Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Pingtung di Taiwan, awal pagi tadi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung kejadian gempa berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang berada di Taiwan dinasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dengan pejabat kita di Taiwan dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 3.57 pagi tadi, kira-kira 28 kilometer timur laut wilayah Pingtung.


Media antarabangsa melaporkan setakat ini, lima mangsa terkorban termasuk seorang bayi perempuan berusia 10 hari, sementara 35 orang lagi dikhuatiri terperangkap. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MB49ZlWj3F8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori