Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Penerbitan Utusan Malaysia Diteruskan,...

KUALA LUMPUR - Syarikat akhbar berbahasa Melayu berusia 80 tahun, Utusan Melayu (Malaysia)...

2 Aktivis PPIM Didakwa...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Disember untuk sebutan...

Jangan Anggap Semua Penjawat...

PUTRAJAYA - Masyarakat tidak sepatutnya menganggap semua 1.16 juta penjawat awam terlibat dengan...

Mufti Perlis Pun Nasihat...

KUALA LUMPUR - Tidak boleh seseorang Muslim berkata "jika saya Tuhan" dan perlu...

Tiga Lagi Padang Ragut Rusa Dibuka Di Perak Tahun Ini

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak merancang untuk membuka tiga lagi padang ragut rusa iaitu masing-masing dua di daerah Hulu Perak dan satu di Perak Tengah untuk merealisasikan hasrat menjadikan Perak negeri pengeluar rusa terbesar di Malaysia.

Pengarahnya Dr Norlizan Mohd Noor berkata kawasan yang dikenal pasti di Hulu Perak adalah di Lenggong dan Gerik, manakala di Perak Tengah adalah di Kampung Gajah.

“Pembangunan padang ragut di Kampung Gajah sudah siap dibina dan dalam proses untuk mendapatkan perolehan bekalan rusa manakala di Gerik, kami akan mula membuat pembangunan bulan Mac depan,” katanya kepada Bernama.

Antara padang ragut sedia ada di Perak ialah padang ragut Chegar Galah, Kuala Kangsar; padang ragut Kubang Chandung, Bota; padang ragut Chuas, Kampung Beng, Lenggong dan padang ragut Bersia, Gerik.

Beliau berkata pihaknya juga dalam perancangan untuk merealisasikan projek Lembah Agro Lenggong kira-kira 80 kilometer dari sini bagi menjadikan daerah itu hab pengeluaran rusa terbesar di Malaysia.

Norlizan berkata ladang rusa terbesar di Perak terletak di Pusat Ternakan Haiwan Sumpitan, Lenggong seluas hampir 607 hektar dengan populasi lebih 1,000 ekor rusa.

Menurutnya sehingga Jun tahun lepas, Perak mempunyai populasi rusa 4,880 ekor yang melibatkan padang ragut, ladang jabatan, penternak individu, zoo, taman rekreasi dan pusat konservasi.


“Rusa mula diternak di negeri Perak pada 1990 di Ladang Infoternak Sungai Siput (utara),” katanya.

Menjelas lanjut Norlizan berkata kebanyakan rusa yang diternak di Perak diimport dari New Caledonia dan Mauritius terdiri daripada jenis rusa timor (cervus timorensis) yang amat sesuai dengan persekitaran tropika mahupun iklim di Malaysia.

“Terdapat juga dari spesies ‘sambar’ namun terhad dengan kebenaran pihak Perhilitan. Setiap ladang di Perak ini mempunyai baka pejantan dengan ratio 1:10.

“Kadar kelahiran rusa di padang ragut purata adalah 60 peratus yang mana kebiasaannya akan melahirkan anak pada bulan November sehingga Januari,” katanya.

Norlizan berkata pihaknya akan terus melakukan promosi bagi menggalakkan penternak baharu menceburi penternakan rusa memandangkan ia mempunyai permintaan tinggi di pasaran. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GvTO4y2ZumY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori