Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nafi Pemilik Kopitiam Old...

PENASIHAT DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham membuat  laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan...

Mat Sabu Beri Kenyataan...

BUTTERWORTH - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau hanya akan memberi kenyataan...

Kes Masak Mi Segera:...

KUALA LUMPUR : Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan...

PRU15: PN Nafi Meterai...

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) menafikan penularan kenyataan media yang menyatakan bahawa...

TNB Keluar Garis Panduan Keselamatan Elektrik

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan garis panduan bagi mengelak kejadian tidak diingini akibat daripada penggunaan elektrik berlaku sewaktu sambutan Tahun Baru Cina 2016.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, orang ramai wajar mematuhi garis panduan itu dalam kemeriahan menyambut perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

“Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang musim perayaan ini, para pengguna perlu berhati-hati ketika menggunakan perkakas elektrik.

“Antaranya pengguna disarankan agar tidak membebankan soket dengan penggunaan adapter elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan bebanan elektrik yang tinggi dan kemungkinan berlakunya gangguan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Aminuddin berkata, orang ramai perlu memastikan gulungan wayar kabel tambahan dibuka sepenuhnya untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panas apabila digunakan.

Katanya, orang ramai perlu mengelak daripada membuat sambungan sendiri untuk pelbagai jenis peralatan elektrik sebaliknya, mendapatkan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk melakukan pendawaian tambahan.

Mohd Aminuddin turut menyarankan pengguna supaya mengamalkan panduan-panduan berikut :

– Menjauhkan kabel tambahan dari kawasan berair jika ada pemasangan peralatan elektrik di luar rumah


– Memastikan Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau ELCB berfungsi dengan baik

– Mengelakkan pemakaian barang hiasan logam seperti jam tangan, rantai atau cincin ketika menguruskan pemasangan peralatan elektrik.

– Menutup dan menanggalkan plug dari bekalan kuasa jika tidak digunakan apabila keluar dari rumah.

– Mengawasi dan mengingatkan keluarga/rakan supaya tidak menghampiri kawasan larangan TNB.

– Melaporkan sebarang kejanggalan dan pencerobohan berkaitan pepasangan TNB di talian 15454 serta merta. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]JUFgZDWyKI8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori