Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pelajar Cedera Jatuh Dari...

SIBU: Seorang pelajar Tingkatan Dua terselamat daripada maut, selepas apabila hanya cedera selepas...

‘Hentikan Adu Domba Hubungan...

KUALA TERENGGANU - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak...

Harga 16 Barangan Dikawal...

PUTRAJAYA — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 16 jenis...

Sukarelawan Di Kelantan, Pahang,...

Melihatkan keadaan di Manek Urai Lama, Kelantan, selepas banjir di beberapa kawasan mulai...

Tok Kadi Antara 6 Dicekup Nikah Budak 6 Tahun

ISLAMABAD – Polis Pakistan berjaya menangkap enam orang di wilayah Punjab kerana disyaki mengaturkan pernikahan antara seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Laman berita Emirates 247 melaporkan, polis memberkas kedua-dua bapa kepada budak lelaki dan kanak-kanak perempuan tersebut, kadi yang menikahkan mereka, dan tiga orang saksi dalam kejadian pada 6 Februari lalu.

Mereka didakwa melanggar undang-undang tempatan yang melarang pernikahan bawah umur. Keenam-enam orang yang ditangkap itu menghadapi hukuman penjaran enam bulan dan/atau denda 50,000 rupee (RM2,008).

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan tersebut ketika dibicarakan di sebuah mahkamah, tetapi polis menyatakan pihaknya mempunyai bukti rakaman video acara pernikahan berkenaan.

Penggubal undang-undang Pakistan pada bulan lalu terpaksa membatalkan usul di Parlimen untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi mereka yang didapati bersalah mengaturkan pernikahan kanak-kanak bawah umur.

Ia setelah lembaga agama negara tersebut menyatakan bahawa peruntukan hukuman sedemikian sebagai tidak selaras dengan tuntutan ajaran Islam sendiri dalam usaha bagi mengelakkan gejala maksiat remaja sekolah.


Usul tersebut juga mengusulkan agar meningkatkan umur minimum yang sah dari segi undang-undang Pakistan bagi wanita muda berkahwin kepada 18 tahun daripada peraturan sekarang yang membenarkan usia 16 tahun.

Para ulama Pakistan di Majlis Fatwa Islam berpendapat tiada had usia tertentu bagi perkahwinan dari segi Syariah, kerana seseorang wanita itu boleh berkahwin sekiranya sudah mencapai peringkat akil baligh.

Para aktivis hak asasi manusia mengutuk keras langkah menolak usul itu di Parlimen kerana bimbang ia akan menggalakkan kanak-kanak sekolah dapat berkahwin pada umur muda. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori