Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Muhammad Harraz Disahkan Alami...

ALOR SETAR - Kanak-kanak tiga tahun yang meninggal dunia dalam kereta, kelmarin disahkan...

RON97: KPDNKK Pantau Harga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan...

Gali Tanah Jumpa Tengkorak...

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan...

Lelaki Ditemui Mati Dibunuh...

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah...

Trek Lumba Motosikal: KPN Akan Bincang Dengan Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membincangkan mengenai cadangan penyediaan trek perlumbaan motosikal di ibu kota.

Beliau berkata perjumpaan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung cadangan tersebut.

“Saya percaya beliau ada alasan-alasan tertentu…saya akan mendengar pandangan beliau.

“Masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujung, pelbagai tindakan pihak penguatkuasa telah ambil, anak-anak muda kita masih suka merempit, lumba tengah malam, so apa-apa pun saya akan berjumpa dengan YB (Tengku Adnan) dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Rabu.

Isnin lepas, Tengku Adnan mencadangkan untuk menyediakan trek perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu kota bagi memenuhi kehendak dan minat anak muda.

Dalam perkembangan lain, Khalid mencadangkan individu yang melakukan kesalahan membawa kenderaan tanpa lesen dan pemilik kenderaan yang meminjamkan kenderaan kepada pemandu yang tidak berlesen, didakwa di mahkamah.


“Kita tidak mahu kenakan kompaun lagi…kerana antara punca kemalangan maut, cedera parah adalah disebabkan oleh mereka yang memandu kenderaan tanpa lesen.

“Cadangan ini adalah perlu dalam memberi pengajaran…kita nak cadang undang-undang ini,” katanya.

Menyentuh mengenai catatan kontroversi di blog Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini, Khalid berkata polis akan merakam percakapan bekas perdana menteri itu hari ini, namun beliau tidak mendedahkan lokasi rakaman.

Katanya polis menjalankan siasatan terhadap Dr. Mahathir berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori