Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jam Tangan Mewah: Tindakan...

BANGKOK – Apa juga tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan yang...

Sukarelawan Malaysia Memasak Demi...

DIA pernah dibuang dari universiti dan ditamatkan biasiswa gara-gara silap percaturan dalam hidup.Tidak cukup...

Hotel Anti-Islam Di Kuantan...

PUTRAJAYA - Sebelum ini netizen bukan Muslim kecoh isu kontroversi kedai dobi 'mesra...

4 Rakyat Malaysia Suspek...

BANGKOK – Empat suspek rakyat Malaysia dalam sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang berpusat...

Unit Hemodialisis Dibuka Di Hospital Kunak

KUNAK – Penduduk Kunak kini boleh bernafas lega apabila Unit Hemodialisis untuk keperluan pesakit buah pinggang di daerah ini dibuka dan mula beroperasi secara rasmi hari ini, di Hospital Kunak.

Dengan adanya unit yang dilengkapi dengan 10 unit mesin dialisis berkenaan, pesakit buah pinggang di Kunak tidak lagi perlu ke Hospital Tawau yang jaraknya lebih 90 kilometer, untuk mendapatkan rawatan.

Majlis perasmian unit berkenaan di sini, dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kunak, Datuk Nilwan Kabang.

Nilwan dalam ucapannya, berkata kira-kira 60,000 penduduk Kunak kini, boleh berbangga kerana segala kemudahan perubatan yang diperlukan termasuk unit hemodialisis, telah disediakan kerajaan.

“Dengan adanya unit hemodialisis di sini, Hospital Kunak sekarang dapat membantu Hospital Tawau dan Hospital Semporna menjalankan rawatan kepada pesakit buah pinggang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan, Jabatan Kesihatan Sabah, Dr. Abdul Kahar Abdul Asisi berkata kes penyakit kegagalan buah pinggang meningkat sebanyak 19 peratus di Sabah dalam tempoh lima tahun lalu.

Katanya, sebanyak 1,213 kes kegagalan buah pinggang direkodkan di seluruh Sabah pada 2011 dan meningkat dengan ketara kepada 1,440 kes pada 2015.


“Saban tahun, bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara, rakyat yang menderita penyakit kegagalan buah pinggang menunjukkan peningkatan dan terdapat 12 pesakit di Kunak,” katanya.

Mengulas mengenai unit berkenaan, Dr. Abdul Kahar berkata Hospital Kunak berjaya menjalin kerjasama baik dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta, termasuk hospital di bawah program Kluster dalam memberi rawatan hemodialisis.

Katanya, hospital berkenaan memiliki 10 mesin dialisis dengan lapan daripadanya disumbangkan Kementerian Kesihatan dan dua oleh Risda.

Unit berkenaan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang, dari Isnin hingga Sabtu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori