Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tinggal Di Thailand, Sekolah...

KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mengesahkan lima pelajar dan murid dari negara...

Warga Emas Tidur Atas...

MELAKA -Biarpun dikelilingi kekotoran dan bau busuk sampah-sarap, seorang warga emas dari Indonesia...

Isteri Keith Foo Hamil...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon kacak pujaan ramai, Keith Foo dan isteri, Kim Raymond...

Peserta PABM Lawat Muzium...

MESKIPUN jadual agak padat, para peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2017...

Ustaz Kazim Dikejarkan Ke HUSM Kerana Serangan Jantung

BACHOK – Ribuan penduduk sekitar Bachok tidak sempat menyaksikan perkongsian ilmu apabila penceramah jemputan, Datuk Mohammad Kazim Elias bergegas dihantar ke hospital kerana dipercayai akibat sakit jantung.

Beliau dikatakan sepatutnya menjayakan majlis ceramah perdana anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di pekarangan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, di sini Jumaat malam.

Majlis itu bermula pukul 9.30 malam membawa tajuk kupasan ‘Jihad Agro Makanan Negara‘. Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd. Radzuan Hamat yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

uke

Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah di Perak yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan KADA, Mohd Anuar Musardar Yusoff berkata, Ustaz Kazim ketika itu baharu memulakan ceramah selama 10 minit sebelum meminta maaf di hadapan kira-kira 2,000 penonton.

“Ustaz Kazim kemudian terus dibawa ke Klinik Kesihatan Jelawat untuk menerima rawatan awal selepas berasa tidak sihat sebelum beliau segera dipindahkan ke HUSM bagi menerima rawatan lanjut,” kata Mohd Anuar.


12742451_928694860512853_6038249830227292176_n

“Beliau tiba di Kelantan petang Jumaat dari Kemaman, Terengganu selepas mengadakan ceramah di sana malam tadi,” tambahnya. Menurut catatan laman Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias, keadaannya kini stabil.

“Alhamdulillah keadaan DUKE sekarang semakin stabil. Kini dirawat di HUSM Kubang Kerian. Minta sahabat semua tolong doakan,” tulis pentadbir laman sosial rasmi beliau itu yang dipetik agensi MediaCorp Singapura.

Pe­me­riksaan awal doktor HUSM mendapati Mohamad Kazim, 43 tahun; mungkin terlalu penat dan mengalami sakit dada yang dipercayai merupakan salah satu simptom penyakit serangan jantung. – Mynewshub.cc

Baca: Al Barakah Ustaz Kazim Tarik Pelancong Ke Perak!

[wpdevart_youtube]OO2bc76w3kM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori