Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mengapa Raja Nazrin Pengganti...

Sebentar tadi, Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin...

Ibu Menangis Anak Dicekup...

KLANG - Remuk hati seorang ibu apabila bukan sahaja mendapati anaknya penagih dadah...

‘Pagar Coli’ Jadi Tarikan...

DI New Zealand terdapat satu tempat tarikan pelancong yang luar daripada kebiasaan.Di pinggir...

Educity Bakal Miliki Kolam...

ISKANDAR PUTERI - Iskandar Investment Berhad (IIB), pemaju yang bertanggungjawab membangunkan hab pendidikan...

Baru Kali Pertama Berurut, Wanita Perak Ini Maut Di Singapura

SEORANG wanita yang berasal dari Perak, Serene Lim Xinhui, 26, dilaporkan mati selepas menjalani sesi rawatan tradisional Cina, Tuina di Singapura, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Asia One, Serene yang menetap dan bekerja di sana pergi mengunjungi pusat rawatan Qing Kang yang terletak di pusat membeli belah Midpoint Orchard pada jam 7.30 malam, 14 Februari lalu.

Ketika mendapatkan khidmat urutan Tuina, badannya tiba-tiba mengigil seperti diserang sawan dan kemudiannya mangsa dilaporkan koma.

Tukang urut kemudiannya terus menghubungi pihak paramedik untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa disahkan mati di Hospital Tan Tock Seng pada jam 8.47 malam.


Mayat mangsa telah dituntut keluarga sehari selepas kematiannya dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi menyiasat punca sebenar kematian wanita muda itu.

Ini merupakan kali pertama mangsa mendapatkan khidmat urutan di situ selepas menggunakan diskaun yang diperolehnya menerusi laman web Groupon. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori