Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Air Mentah Berpasir Jejaskan...

SEREMBAN: Gangguan bekalan air di kawasan Lukut dan Bandar Springhill Port Dickson, dekat...

“Susah Nak Disiplinkan Penyokong...

PETALING JAYA - Pengurus pasukan Bawah 23 Tahun, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui...

Wanita Ditawarkan Rawatan Kuku...

SUDAHLAH dirogol ketika sedang melancong, apa yang tak masuk akalnya ialah sebuah agensi pelancongan...

Dua Tahun Solo, Upiak...

"AKU belum mandi, tak tun tuang tak tun tuang, tapi masih cantik juga.."--...

Warga Emas Maut Gara-Gara Hospital Silap Eja Nama

SEORANG wanita warga emas dari London, Britain maut hanya gara-gara staf hospital tersilap mengeja namanya sehinggakan mangsa tidak mendapat bekalan darah yang diperlukannya.

Irmgrad Cooper, 85, sebelum itu telah menjalani pembedahan arteri di Hospital Harrow Northwick Park dan memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuknya kembali stabil.

Hanya disebabkan staf hospital membuat kesilapan dalam ejaan namanya dengan menulis Irngard, mangsa tidak mendapat bekalan yang diperlukan sehingga membawa kepada kematiannya yang pastinya boleh dielakkan sekiranya kecuaian itu tidak berlaku.

Anaknya, Lorraine Cooper berkata kesilapan ‘kecil’ seperti itu telah membunuh ibunya yang pasti boleh diselamatkan sekiranya mereka menulis nama ibunya dengan betul.


“Kami berasa sangat sedih dan seperti ‘dikhianati’ oleh hospital tersebut yang mana kematian ibu saya boleh dielakkan sekiranya tidak berlaku kecuaian dalam kerja mereka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kebaikan Menderma Darah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori