BUAT para peminat telefon pintar Android, anda semestinya menantikan telefon pintar Mi 5 daripada pengeluar China berkenaan.
Berkongsi mengenainya, ia dikatakan telefon pintar Mi5 akan dilancarkan secara rasminya selepas Tahun Baru Cina kelak.
Pada masa yang sama, pihak Xiaomi mengesahkan yang mana Xiaomi Mi5 akan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820.
Tiada maklumat lanjut yang dikongsikan oleh mereka setakat ini tetapi berdasarkan info yang tertiris, Xiaomi Mi5 dikatakan akan turut dilengkapi skrin bersaiz 5.2-inci dan turut menyertakan pengimbas cap jari.
Mi5 juga dikatakan akan menggunakan skrin 5.3-inci, memori 4GB RAM, dan kamera belakang 20-megapixel selain port pengecasan berasaskan USB Type-C dan kadar bateri yang berkapasiti 3800 mAh.
Telefon pintar ini juga mungkin akan menjadi telefon pintar pertama Xiaomi berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: GSMARENA