Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cradle Fund: Polis Siasat...

NIBONG TEBAL - Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah seorang tertuduh juvana...

Kerajaan Raikan Pendapat Berlainan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa...

Lemang Pak Ali, Menjadi...

SYAWAL menjelma lagi..Hari kemenangan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam selepas sepurnama berpuasa...

Banjir Di Hulu Terengganu,...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 17 orang daripada lima keluarga di Kampung Tok Lawit,...

Yayasan Pahang Taja Guru Ke Anugerah Guru Global 2016

KUANTAN – Yayasan Pahang (YP) hari ini mengumumkan penajaan terhadap Noorjahan Sultan, guru prasekolah dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota yang terpilih dalam kalangan 50 guru dari seluruh dunia untuk Anugerah Guru Global 2016, di Dubai, Mac depan.

Menteri Besar merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Pemegang Amanah YP, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tajaan berupa penginapan dan tiket perjalanan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan Noorjahan kerana memartabatkan bidang pendidikan negara sehigga ke peringkat antarabangsa.

“Beliau merupakan seorang guru yang kreatif dengan menghasilkan kaedah baharu pengajaran dalam bahasa Inggeris untuk pelajar sehingga tercalon untuk Anugerah Guru Global 2016.

“Namun, tidak ramai yang datang membantu beliau dan sebagai mengiktiraf kejayaannya, Yayasan Pahang bersetuju menaja penginapan dan perjalanan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tajaan berkenaan kepada Noorjahan di YP di sini, Rabu.

Norjahan, 45, merupakan guru prasekolah dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama, di sini telah 22 tahun melibatkan diri dalam bidang pendidikan dan merupakan dua calon dari negara ini yang terpilih daripada 8,000 penyertaan dari 150 negara bagi memenangi anugerah berkenaan yang menawarkan hadiah AS$1 juta (RM4.3 juta).

Anugerah anjuran Yayasan Varkey GEMS yang berpangkalan di Dubai itu merupakan pencalonan kedua dari Malaysia selepas seorang guru Fizik, Yasmin Noorul Amin, 38, tersenarai dalam kalangan 50 guru untuk anugerah sama bagi 2015.


Norjahan, memperkenalkan kaedah pembelajaran berirama dan mengasilkan buku ‘Lets Rhyme’ yang direka khas untuk meningkatkan pemahaman bahasa Inggeris kepada kanak-kanak berusia antara lima dan 12 tahun.

Noorjahan yang ditemui pemberita turut merakamkan penghargaan kepada YP dan menteri besar atas tajaan berkenaan serta berharap dapat memberikan lebih banyak sumbangan dalam bidang pendidikan di negara ini, terutamanya di Pahang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Guru

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori