Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

HIV: Potongan Bajet AS...

PARIS - Beberapa pemimpin kumpulan memerangi wabak HIV antarabangsa menggesa kerajaan Amerika Syarikat...

Pertemuan Sajat – Jakim...

UMUM maklum, Nur Sajat menyambut baik pelawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan...

Kaji Semua Keberkesanan Pemberian...

SEBAGAIMANA lazim pada Oktober, pembentangan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat dinanti-nantikan rakyat....

Individu Miliki 13 Rekod...

JOHOR BAHARU - Pihak polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan...

Selepas TMI, Malaysiakini Juga Mungkin Ditutup?

SIAPA yang tidak kenal Malaysiakini, portal berita tempatan konon mengaku berkecuali; namun realitinya lebih cenderung propembangkang dan lebih dahsyat memang secara terbuka diketahui sebagai amat totok antikerajaan.

Laman atas talian yang diwujudkan pada 1999 itu merupakan rujukan popular pembaca khasnya penyokong tegar pembangkang tidak percaya berita disiarkan menerusi media prokerajaan kononnya tipu, jahat dan berat sebelah.

Walhal kata dulang, paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih; segala berita disebar Malaysiakini dianggap tepat, boleh dipercayai dan berwibawa waima ia sebenarnya putar belit atau sumber entah apa-apa.

Secara jujur, mana ada organisasi media di dunia ini boleh dabik dada sebagai neutral sekali pun di Israel, ketika taikun media antarabangsa dikuasai Zionis konon mendakwa mereka mendukung prinsip kebebasan bersuara!

Tidak perlu pergi jauh ke Barat, lihat sahaja contoh negara jiran kita, di sebalik jadi hab bagi semua agensi berita global, media Singapura sendiri usah mimpi hendak siar berita kekejaman rejim Yahudi ‘sembelih’ orang Palestin.

mkini1

Di Amerika Syarikat (AS), media massa terkemuka negara kuasa besar dunia itu sendiri yang dianggap pejuang hak asasi manusia sejagat hanya akan ‘cerita’ kebaikan Israel, manakala Palestin dianggap macam musuh durjana.

Senario ini bukan baharu pun malah menjadi jenaka popular apabila rakyat AS sindir tahap luar biasa ‘kebebasan’ bersuara media mereka dengan sinis cuma berkata: ‘Anda boleh kritik tuhan tetapi jangan sesekali kritik Israel!’

Berbalik kepada Malaysiakini, kecenderungan portal itu ‘spin’ berita tertentu konon mahu cipta kelainan daripada media prokerajaan acap kali boleh jadi jengkel atau cakap senang: bijak tak boleh diajar, bodoh tak boleh ditegur.

Ini bukan rekaan dan anehnya, di sebalik banyak laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysiakini tetap gah menongkah arus hasut rakyat bangkit gulingkan kerajaan.


Ketika laman saingannya, The Malaysian Insider yang juga condong ke arah kiri sudah pun disekat SKMM atas keceluparan laporan sensasinya, Malaysiakini sebaliknya ‘gigih’ tidak gentar jadi portal bebas sebebas-bebasnya.

mkini

Timbul persoalan adakah pentadbir Malaysiakini tidak takut dosa atau memang ‘seronok’ jadi ahli neraka, semasa dunia akhir zaman dipenuhi banyak berita fitnah jahat yang sampai tahap gagal langsung dibezakan kesahihannya.

Tidakkah ada sekelumit perasaan bersalah, ralat atau khilaf sanggup jadi ‘kuda tunggangan’ pihak tertentu dengan agenda tersendiri semata-mata mengejar sedikit habuan dunia yang fana tanpa ada bekalan ke alam akhirat sana.

Mungkin juga Malaysiakini sudah bertaubat kembali ke pangkal jalan namun hasrat itu terbantut dek pembiaya dana mereka (khabarnya dari luar negara) mengancam akan memusnahkan portal hebat itu atas sebab tertentu.

Jika benar, amatlah malang Malaysiakini bukanlah portal berwibawa kerana hala tujunya diwarnai ‘tangan ghaib’ pemodal jahat enggan benar staf portal tersebut insaf untuk menjadi ahli syurga ketika jengah alam barzakh kelak.

Hakikatnya, kepada rakan-rakan di Malaysiakini, ingatlah memang gembira hancurkan negara ini demi siasah sempit parti idola anda, tetapi apalah harga itu setimpal jika terpaksa jadi bahan api neraka buat selama-lamanya.

– Mynewshub.cc/HAA

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Lagi: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancur Malaysia

Dan: Terbongkar Portal Sensasi Memang Sebar Berita Palsu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori