SEBELUM ini Mynewshub ada berkongsikan kisah mengenai seorang gadis Melayu yang telah terpilih antara 14 finalis untuk musim terbaharu program pencarian model Asia’s Next Top Model iaitu Nooraini Mohd Noor atau Tuti.
Anak Melayu Wakili Malaysia Dalam Asia’s Next Top Model
Di sebalik mengharumkan nama negara dengan kejayaannya menjadi finalis program itu, Tuti juga tidak terkecuali menerima kecaman dan komen pedas daripada segelintir netizen.
Mereka malah menyifatkan penyertaannya itu sebagai tidak molek sementelah Tuti merupakan bangsa Melayu dan penganut agama Islam.
Antara komen-komen pedas yang terdapat di laman Facebook kami ialah ada yang mencerca Tuti sebagai ‘next top neraka’ dan juga bahan bakar api neraka gara-gara penyertaannya itu.
Tuti bakal bersaing dengan 13 peserta lain untuk merebut gelaran Asia’s Next Top Model musim keempat yang akan mula bersiaran pada 9 Mac ini, jam 9 malam di saluran Star World. – MYNEWSHUB.CC