Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mira Twit Kata Nak...

TAK ada angin, tak ada ribut... Tiba-tiba sahaja dengar cerita pelakon cantik manis,...

Putra Tanding 6 Kerusi,...

JOHOR BAHRU : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sahaja bakal menyaksikan penyertaan...

Rangkul Anugerah Sebelum Tersingkir...

DARREN Moore dipilih menerima anugerah pengurus terbaik untuk bukan April beberapa jam sebelum...

Mengendalikan Insiden MH370 Pengalaman...

PUTRAJAYA – Mengendalikan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 menjadi pengalaman...

Ibu Hantar Invois Pada Anak, Caj Semua Perkhidmatan Disediakan

Seorang ibu di Kanada yang bosan dengan perangai anak lelakinya suka ambil kesempatan ke atasnya, telah menghantar invois berjumlah C$39,254.17 kepada anaknya atas perkhidmatan yang disediakan di rumah itu.

Bayaran itu termasuk caj C$1,000 kerana berperangai buruk. Invois itu adalah bagi tempoh 13 bulan di mana anaknya, Chalipo yang merupakan seorang pelajar kolej, menetap di rumah wanita berkenaan.

Bayaran tersebut termasuk juga bil untuk perkhidmatan mencuci, mengambil makanan secara sengaja dari dapur dan bayaran tusyen selama lima tahun.

Chalipo yang kini berusia 23 tahun kemudiannya berkongsi invois berkenaan dalam media sosial semalam.

Selepas pengguna media sosial mengkritik wanita berkenaan kerana menjadikan aspek keibubapaan sebagai urusniaga, dia telah menjawabnya dengan menyatakan ia bukan invois yang sebenar.

Sebaliknya ia dikeluarkan kerana dia kecewa dan mahu memperbaiki perangai anaknya itu.


“Ia dilakukan dalam masa 5 minit ketika saya sedang marah. Dia (Chalipo) sebenarnya amat bertuah tetapi tidak menyedarinya,’’ kata wanita yang berasal dari Ontario, Kanada itu.

Namun tindakan ibunya itu telah memberikan pengajaran kepada Chalipo yang sedar bahawa ia merupakan teknik keibubapaan yang berkesan.

“Saya berharap suatu hari nanti saya akan berjaya dan dapat menyara keluarga saya serta membayar wang ibu,’’ kata Chalipo. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori