KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan kerjasama Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia memberi manfaat politik untuk parti itu.
Namun, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menegaskan, kerjasama itu bagaimanapun tidak boleh membebaskan Mahathir daripada dosa-dosa masa lampau yang bekas Perdana Menteri itu pernah lakukan.
“Saya merujuk kepada laporan tentang sidang media yang akan diadakan pukul 3.30 petang esok (Jumaat). Pembangkang dan Mahathir sekadar berkongsi cita-cita untuk menjatuhkan Najib.
“Namun dengan syarat Mahathir ikhlas untuk pembaharuan. Tetapi ia tidak membebaskan salah laku kuasa Mahathir masa lampau,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada pemberita pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mana-mana pemimpin Pakatan Harapan yang menyertai sidang media Mahathir pada 4 Mac adalah di bawah kapasati peribadi mereka.
Hari ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Nurul Izzah mengumumkan mereka akan menyertai gerakan Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia di luar batas sistem demokrasi.
Bersama-sama Mahathir, mereka bakal menandatangani deklarasi menuntut Najib berundur, namun PAS pada Rabu menegaskan parti itu tidak akan menyertai perjuangan Mahathir yang berkepentingan peribadi itu. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]-onfjUVpRgE[/wpdevart_youtube]
Jawab la nanti kat akhirat..wahai pemimpin