Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Ketua Ayahanda...

KLANG - Seorang penjawat awam yang dipercayai ketua kongsi gelap digelar Ayahanda Yie...

Anwar Gesa Isu DNB...

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan...

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat...

Kuala Lumpur: Keputusan pelaksanaan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak berpencen dijangka bakal...

20 Kes COVID-19 Dikesan...

JELI : Sebanyak 20 kes COVID-19 dikesan membabitkan mangsa banjir yang ditempatkan di...

Video: Wanita Diheret Sampai Bogel Dari Lif Ke Rumah

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertatu di bahagian belakang dan lengan mengheret seorang wanita dari lif ke apartment menjadi viral di negara jiran.

Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat menarik mangsa yang hanya bertuala dengan  kasar. Apabila wanita tersebut bertindak melawan dengan menendangnya, dia diheret dengan pergelangan kaki.

Lelaki berkenaan turut bertindak menarik rambut dan cuba menghentakkan kepala mangsa ke dinding koridor apabila dia terus melawan.

Menurut laporan The Straits Times, seorang lelaki berumur 43 tahun dan wanita berusia 37 ditahan di premis berkenaan setelah polis yang datang membuat penyiasatan, menemui dadah dalam unit apartmen mereka.


Pihak polis dalam kenyataannya berkata, mereka menerima satu panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman sekitar Rangoon Road, Singapura pada pukul 9 pagi pada 29 Februari, Isnin lepas.

Individu yang memuat naik kejadian tersebut menerusi laman Facebooknya mendakwa pihak polis meminta video tersebut dikongsi dan mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh memberikannya di bahagian komen.

Difahamkan pihak polis masih menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori